Bercuti sambil memancing di Rockbund Fishing di Lumut





Assalamualaikum wbt

Baru-baru ini saya bercuti di Lumut,Perak. Memandangkan suami kaki pancing, dia mengajak saya bercuti di sini. Ini adalah kali kedua kami ke sini.Kali pertama pada bulan Ogos lalu dan kedua pada bulan ini iaitu Oktober. Kawasan yang tenang di tepi laut dan kawasan ini berdekatan dengan Jeti Marina Island. Sekiranya anda hendak ke Pulau Pangkor dari chalet ini sudah dekat lebih kurang 5 minit sahaja.Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang kaki memancing. Umpan udang hidup anda boleh dapati di Sitiawan.

       Sekiranya anda ada anak kecil harus berhati-hati kerana ditepi tebing ini terdapat banyak batu. Anda harus awasi anak anda kerana sebarang risiko tidak ditanggung oleh pihak chalet.

     Terdapat banyak chalet disini. Jeti untuk memancing ada 2 jenis dimana anda harus berkongsi dengan chalet lain sekitar 4 orang dan private jeti hanya untuk anda seorangDari segi harga juga berbeza mengikut jeti individu dan kongsi.

   Tempahan boleh dibuat melalui whassap . Anda boleh buat tempahan dengan menghubungi no ini +60165580388. Setelah deposit dibuat resit pembayaran akan diberikan melalui whassap seperti contoh gambar di bawah .


Anda tidak perlu bimbang kerana anda boleh tunjuk bukti pembayaran deposit pada hari anda check in. 

Sebelum diskaun :
 Harga 1 malam rm296.80

Setelah diskaun:
 Harga 1 malam rm252.30

* harga diskaun 15% diberikan pada mereka yang tinggal lebih 2malam dan untuk kakitangan kerajaan.

INI ADALAH WHATAPPS YANG SAYA TERIMA
You had booked 1 SUPERIOR room (801)
c.in 19 Oct 2017 (thu)
c.out 21 Oct 2017 (sst)

rate 19/10 = RM296.80 + rate 20/10 = RM371
total RM667.80 (15%) = RM567.60
to secure your room booking we request rm300 deposit.

Please transfer to Maybank - 558293614224 ROCKBUND FISHING CHALET SDN BHD.
Please forward payment receipt via whatsapp to 0165580388 or email a copy to rockbundfishingchalet@gmail.com.
*No refund will be given for cancellation of reservation.
Have a nice day ahead.

Rockbund Team
                                       
                   tempat makan bahagian dalam



 Makan secara buffet pada hujung minggu

                          kad untuk masuk cabin

                           


Kawasan yang cantik dan tenang


    Semoga info ini dapat membantu anda membuat perancangan untuk bercuti.(entri saya yang pertama 27/10/17) 




Comments

Popular Posts